fb fb fb fb fb

Mesyuarat Meja Bulat, PM bertemu lebih 30 pemimpin perniagaan Qatar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Meja Bulat dengan pemain industri di Qatar / Foto JPM

DOHA, 13 Mei - Lebih 30 eksekutif dan pemimpin tertinggi perniagaan Qatar merebut peluang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Meja Bulat yang berlangsung di Doha.

Kesempatan itu digunakan Perdana Menteri untuk meyakinkan mereka bahawa Malaysia boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan serta rakan perdagangan kompetitif.

Syarikat terlibat kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan dan pelaburan.

Antaranya, Estithmar Holding dan Baladna selaku antara syarikat terbesar Qatar berdasarkan modal pasaran.

Dalam sesi interaksi itu, Anwar meluangkan masa hampir satu jam berkongsi maklumat terkini mengenai keadaan ekonomi Malaysia selain ekosistem perniagaan negara.

Turut disentuh, Pelan Industri Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 selaku inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju sektor industri berteknologi tinggi.

Mesyuarat Meja Bulat yang dihoskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu merupakan usaha agresif Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN