fb fb fb fb fb

Maybank semak naik unjuran ekonomi kepada 4.7% bagi tahun 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Maybank Investment Bank menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 kepada 4.7 peratus, daripada anggaran terdahulu 4.4 peratus.

Semakan semula itu mengambil kira prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2024 yang mencatat pertumbuhan 4.2 peratus.

Bank pelaburan itu turut menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 kepada 5.1 peratus berbanding 5.0 peratus sebelum ini.

Semakan semula tersebut, berdasarkan jangkaan pengukuhan jumlah modal tetap kasar, prestasi pelaburan swasta dan awam.

Faktor berkenaan turut menyumbang kepada ramalan pertumbuhan lebih kukuh bagi sektor pembinaan serta eksport barangan dan perkhidmatan.

Jangkaan pertumbuhan yang lebih positif juga seiring unjuran perbelanjaan awam dan swasta lebih tinggi unjuran terdahulu.

Ia terutamanya bagi mencerminkan kesan daripada kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 13% berkuat kuasa Disember ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM