fb fb fb fb fb

Maybank, Alliance Bank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Syarikat perbankan, Maybank dan Alliance Bank menawarkan bantuan banjir bagi meringankan beban kewangan kepada pelanggannya dan perniagaan yang terjejas akibat banjir.

Melalui kenyataan berasingan, Maybank memaklumkan ini termasuk penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Manakala Alliance Bank pula menawarkan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian bayaran balik pinjaman serta pengecualian bayaran fi dan caj untuk semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam.

Pelanggan kedua-dua institusi kewangan itu boleh memohon bantuan menerusi e-mel atau hubungi mana-mana cawangan bank tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE