fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM39.77 bilion daripada RM40.07 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM32.46 bilion daripada RM32.52 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Qard, serta tender Bil-Bil Antara Bank Bank Negara.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Bank pusat itu turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM31.8 bilion kepada RM32.5 bilion.

 Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM39.8 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM32.5 bilion, kedua-duanya bagi wang empat hari. 

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus pada 28 Disember. - BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI