fb fb fb fb fb

Malaysia ungguli tempat pertama bagi kualiti juruaudit dan pengawal selia audit - SC

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Malaysia menduduki tempat pertama daripada 12 pasaran bagi kualiti juruaudit dan pengawal selia audit pada penilaian tadbir urus korporat dwitahunan ke-11 oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA).

Dari segi kategori pengawal selia, suruhanjaya itu diiktiraf antara lain, komunikasi berkesan mengenai tindakan penguatkuasaannya.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan memaklumkan ia merupakan hasil yang positif buat negara khususnya kedudukan utama di seluruh pasaran daripada segi juruaudit dan pengawal selia audit.

"Ia juga merupakan pengiktirafan kukuh terhadap peranan Lembaga Pemantauan Audit dalam mempromosikan kualiti audit. Tadbir urus korporat yang baik akan kekal menjadi keutamaan SC dan kami akan terus bertindak ke atas bidang yang memerlukan pengukuhan,” kata kenyataan itu.

Kedudukan itu juga merupakan pengiktirafan yang kukuh terhadap peranan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) dalam mempromosikan kualiti audit.

Tadbir urus korporat yang baik akan kekal menjadi keutamaan SC dan akan terus bertindak ke atas bidang-bidang yang memerlukan pengukuhan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM