RIYADH, 19 Mei - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz mengadakan pertemuan bersama Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al-Falih.
Pertemuan tersebut membincangkan peningkatan kerjasama dua hala dalam pelaburan dan perdagangan, selaras dengan Wawasan Saudi 2030.
Selain itu, pelbagai potensi kolaborasi termasuk dalam sektor kewangan Islam, industri halal, tenaga boleh diperbaharui, pembinaan, hospitaliti, dan teknologi, turut disentuh.
Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul menerusi hantaran di Facebook, perjumpaan itu menggariskan komitmen kedua-dua negara untuk meneroka peluang baharu dan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi yang sedia ada.
Beliau ketika ini berada di Riyadh untuk Misi Pelaburan dan Perdagangan Arab Saudi.