fb fb fb fb fb

Malaysia komited perkukuh kerjasama digital ASEAN

Menteri Digital, Gobind Singh Deo / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 September – Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2024, komited untuk memperkukuh kerjasama digital dengan negara anggota bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup di rantau ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata usaha tersebut akan memfokuskan penerokaan pasaran besar Asia Tenggara, yang mempunyai lebih 70 juta Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS).

"Rantau ASEAN menawarkan banyak peluang perniagaan, terutama melalui platform digital yang membolehkan perniagaan melangkaui sempadan negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Next Big Tech Asia 2024 di ibu negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN