fb fb fb fb fb

Malaysia kekal prestasi lebihan dagangan, tingkat eksport dan import

Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Prestasi perdagangan Malaysia pada Januari 2025 menunjukkan negara terus mengekalkan lebihan dagangan walaupun berdepan pelbagai cabaran ekonomi global.

Menurut penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, peningkatan eksport dan import pada Januari 2025 mencerminkan daya tahan perdagangan Malaysia dalam khususnya sektor semikonduktor, automotif dan farmaseutikal.

"Kalau kita lihat keseluruhannya, eksport ke Amerika Syarikat (AS) paling besar meningkat pada bulan Januari. AS juga dijangka mengenakan tarif terbaru pada Februari.

"Kenaikan perdagangan itu mencatatkan sebanyak RM3.8 bilion. Ia menunjukkan ekonomi perdagangan Malaysia dipengaruhi keseluruhan ekonomi global ataupun perdagangan dunia itu sendiri," katanya ketika dihubungi RTM.

Dasar fiskal dan monetari kerajaan, termasuk usaha menarik pelaburan asing, juga dilihat sebagai faktor penting dalam menyokong pertumbuhan perdagangan negara.

Malaysia juga berpotensi untuk terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar dengan pelaksanaan strategi industri yang tepat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI