fb fb fb fb fb

Malaysia destinasi percutian menarik, tawar pakej dan perkhidmatan mampu milik

Pengerusi Easy Land Sdn Bhd, Tan Sri Syed Mohd Yusof

SEPANG, 1 Februari - Kehadiran pelancong ke negara ini dijangka terus meningkat dan tidak akan terjejas oleh peningkatan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak dua peratus.

Pengerusi Easy Land Sdn Bhd, Tan Sri Syed Mohd Yusof berkata Malaysia masih kekal sebagai destinasi percutian menarik yang menawarkan pakej dan perkhidmatan mampu milik.

"Industri hospitaliti tahun ini akan berkembang pesat. Kita ada lebih 20 juta pelancong yang datang ke negara ini dan hotel memainkan peranan yang penting terutamanya perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru saya lihat peningkatan lebih ramai pelancong ke negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas acara pra-pelancaran hotel Ibis Style, di sini.

Dibangunkan bersama Kumpulan Ikhasas, hotel yang mempunyai 229 bilik itu dibina pada 2019 melibatkan kos berjumlah RM56 juta.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN