fb fb fb fb fb

Malaysia-China meterai tiga MOU bernilai RM19.84 bilion

NANNING, 17 September- Tiga memorandum persefahaman (MOU) bernilai RM19.84 bilion ditandatangani antara Malaysia dan China bersempena Ekspo China-Asean ke-20 (CAEXPO 20).

MOU pertama, bernilai RM15 bilion itu ditandatangani antara Citaglobal Berhad dan Shanghai Sus Environment untuk meneroka potensi kerjasama membangunkan sisa kepada loji tenaga tenaga terutamanya di Malaysia.

RM2.34 billion pula dimenterai antara PM Access World dan Beibu Gulf Port Group, yang melibatkan pergudangan dan kerjasama logistik antara kedua-dua syarikat dalam menyokong Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu.

Ia untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangxi dan Malaysia.

Manakala MOU bernilai RM2.5 billion pula ditandatangani antara Sime Darby Oils International berhad dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group untuk membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit di Qinzhou, dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500 ,000 tan.

MOU disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadirĀ  Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Chan Foong Hin, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.

Perdana Menteri berada di Nanning, China untuk lawatan kerja sehari CAEXPO 20 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-Asean (CABIS).


(Citaglobal Berhad dan Shanghai Sus Environment meterai perjanjian bernilaiĀ RM15 bilion)

Media Baharu