MOSCOW, 29 Mei- Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk menyekat pelaksanaan tarif menyeluruh oleh Presiden Donald Trump.
Trump didapati melampaui kuasanya dalam mengenakan cukai import secara menyeluruh terhadap negara-negara yang mengeksport lebih banyak ke Amerika Syarikat, berbanding import.
"Perintah tarif menyeluruh dan timbal balas ini melebihi kuasa yang diberikan kepada Presiden oleh Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) untuk mengawal import melalui tarif.
''Oleh itu, perintah tarif ini akan dibatalkan dan pelaksanaanya dihentikan secara kekal,'' menurut kenyataan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS).
Keputusan itu mendapat respon positif pasaran kewangan dengan nilai dolar Amerika Syarikat melonjak berbanding mata wang utama lain.
Niaga hadapan Wall Street dan pasaran saham Asia turut mencatatkan kenaikan.
Susulan keputusan itu, pentadbiran Trump memfailkan notis rayuan dan mempersoalkan bidang kuasa mahkamah tersebut.