fb fb fb fb fb

MAHB rekod untung bersih RM190 juta, suku pertama 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) merekodkan untung bersih sebanyak 226 peratus lebih tinggi kepada RM190 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.

Ini berbanding RM58.19 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menerusi satu kenyataan, MAHB memaklumkan peningkatan ini berikutan hasil yang lebih tinggi dan bahagian sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada syarikat bersekutu dan usaha sama.

Hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM1.35 bilion daripada RM1.03 bilion.

Kenaikan itu didorong oleh jumlah penumpang yang lebih tinggi daripada operasi syarikat penerbangan baharu, musim cuti sekolah, musim perayaan Tahun Baru Cina dan pelaksanaan pengecualian visa 30 hari untuk pelancong China dan India ke Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE