(FOTO HIASAN/ BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 16 Mac- Konsep perumahan sosial dilaksanakan menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) harus diperkasa bukan sekadar dari sudut pembinaan semata-mata.
Aspek kesejahteraan kediaman perlu diutamakan bagi membolehkan isi rumah miskin mampu beralih kepada penyewaan di pasaran bebas, seterusnya memiliki rumah sendiri.
Pengarah Penyelidikan, Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail menegaskan, dasar yang jelas perlu bagi menyokong mobiliti sosial isi rumah PPR.
"Sektor awam dan sektor swasta sekarang ni sampai sahaja takat pendapatan disasarkan kerajaan, dia kena keluar dan bila dia keluar tiada 'holding hand' yang mengatakan boleh duduk rumah baru dengan standard sama di PPR. Itu bukan polisi kerajaan sekarang. Sebab tu kita kata kena 'institutionalized'. Buatkan satu polisi yang benar," katanya.
(Pengarah Penyelidikan KRI, Dr Suraya Ismail)
Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Kajian KRI, Kesejahteraan Kediaman Golongan Miskin Bandar: Kajian Program Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara.
Tambahnya, hasil kajian KRI mendapati separuh daripada responden memilih untuk terus tinggal di unit PPR berikutan kadar sewa di pasaran bebas yang lebih tinggi.
Kajian melibatkan 3,100 responden di empat PPR di Lembah Klang dan satu di Pulau Pinang.