fb fb fb fb fb

Krisis perbankan AS, Eropah dorong pelabur asing teliti semula portfolio kewangan

(Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee)

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Krisis perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah akan mendorong pelabur asing meneliti semula portfolio kewangan masing-masing.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee menjelaskan, situasi berkenaan akan memberi kelebihan kepada pasaran sedang pesat membangun termasuk Malaysia, apabila pelabur cenderung untuk beralih ke pasaran Asia.

"Saya tidak terkejut jika pelabur asing kembali semula ke pasaran Asia dalam tempoh beberapa bulan akan datang bagi memanfaatkan penilaian saham yang rendah dan kadar mata wang rendah di negara terbabit terutamanya Malaysia. Ketika ini ringgit diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat dan dijangka mencecah 4.20-4.10 tahun ini. Bayangkan impak berganda yang bakal dinikmati jika apa yang kami jangkakan ini menjadi kenyataan," kata beliau pada taklimat Prospek Pasaran Malaysia Bagi Suku Kedua secara maya, di sini hari ini.

 
(Foto fail)

Ujar Kenny, kemasukan semula dana asing akan meningkatkan jumlah mudah tunai di pasaran.

Melihat kepada kecenderungan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar faedah, dinamik tawaran dan permintaan ringgit akan kembali pulih dengan kemasukan semula dana asing.

Beliau turut mengunjurkan indeks penanda aras, FBM KLCI mencecah 1,630 mata menjelang akhir tahun ini.

Media Baharu