fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat sedikit kepada RM45.39 bilion daripada RM45.27 bilion pagi ini manakala bagi dana Islam, ia turun kepada RM16.86 bilion daripada RM23.75 bilion.

Terdahulu, bank pusat mengadakan tiga tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Pada jam 4 petang, bank pusat mengendalikan tender pasaran wang konvensional bernilai RM44.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM16.9 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.


1

BNM turut menyemak tender semalaman konvensional daripada RM42.0 bilion kepada RM44.4 bilion.

Purata kadar semalaman Islam berada pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus. - BERNAMA

Media Baharu