KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam pasaran konvensional dianggarkan berjumlah RM16.12 bilion manakala RM30.15 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini, BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik, meliputi tender RM3.2 bilion untuk tujuh hari, RM1.5 bilion bagi 32 hari dan RM1.0 bilion untuk 94 hari.
Bank pusat juga akan menjalankan tender repo berbalik semalaman RM1 bilion bagi tiga hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM22.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM30.2 bilion. - BERNAMA