fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 April- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Isnin dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.13 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.15 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion setiap satu masing-masing bagi 31 hari dan 92 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta komoditi bercagar Murabahah bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM41.1 bilion dan tender semalaman Murabahah untuk RM16.1 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE