fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasI BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 26 April- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM28.96 bilion dalam sistem konvensional dan RM14.44 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion setiap satu bagi 31 hari dan 89 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta komoditi bercagar Murabahah bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM31 bilion dan tender semalaman Murabahah untuk RM14.4 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA