KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM40.12 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.25 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat itu akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion masing-masing untuk lapan hari, 14 hari dan 31 hari di samping satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) RM5.3 bilion bagi lapan hingga 31 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah komoditi bercagar untuk jangka satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai RM36.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM18.9 bilion. - BERNAMA