fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Februari - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM29.51 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.79 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender Qard bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari serta tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 31 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.5 bilion dan RM20.8 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN