KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini, bank pusat itu menjalankan operasi harian untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan menerusi repo berbalik, repo berbalik Islam (perjanjian beli dan jual semula), dan tender repo berbalik Islam semalaman.
Bagi asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM38.1 bilion daripada RM29.09 bilion pada Jumaat lepas, manakala lebihan mudah tunai dalam sistem Islam menokok kepada RM21.2 bilion daripada RM19.89 bilion sebelum itu.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebanyak 2.74 peratus pada 16 Okt, 2025.
Pasaran akan ditutup pada Isnin, 20 Oktober sempena sambutan Deepavali. -BERNAMA