fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM22.96 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM16.43 bilion.

Pada hari ini, bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik merangkumi masing-masing tender RM3 bilion selama tujuh hari, RM1.7 bilion bagi tempoh 28 hari dan RM1 bilion untuk 89 hari.

BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik Islam merangkumi RM500 juta untuk tujuh hari, RM800 juta untuk 28 hari dan RM350 juta selama 89 hari.

Dalam pada itu, BNM mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan Komoditi Murabahah Bercagar selama seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada jam 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.1 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA