fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM36.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.86 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menawarkan tender repo semalaman bernilai RM1.5 bilion selama satu hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo terbalik, perjanjian jual dan belian semula dan kemudahan komoditi Murabahah Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.7 bilion dan RM17.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI