fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM37.05 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.92 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat itu akan menjalankan tender repo Islam berbalik bernilai RM100 juta bagi tempoh 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.1 bilion dan RM22 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI