fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada urus niaga Khamis, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM41.17 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.15 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu menawarkan satu tender repo berbalik bernilai RM1.50 bilion selama 32 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.1 bilion.
- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI