fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil dengan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 23 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM25.91 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM18.94 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan tender Qard bernilai RM300 juta selama tujuh hari, tender repo berbalik bernilai RM1 bilion selama 30 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta selama 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.1 bilion.

Selain itu, BNM menyatakan bahawa ia berhak menolak tawaran bank untuk tender semalaman jika kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum 4.00 petang. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA