fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 Februari - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM17.24 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM21.78 bilion.

Pada hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi tender RM2.7 bilion selama tujuh hari dan tender bernilai RM1.8 bilion selama 28 hari serta tender repo berbalik Islam semalaman bernilai RM210 juta untuk tujuh hari.

BNM juga melaksanakan tender repo berbalik semalaman bernilai RM8.5 juta bagi tiga hari.

Selain itu, ia mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik, jual dan belian semula serta Kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.1 bilion. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF