KUALA LUMPUR, 8 Januari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.80 bilion daripada RM19.64 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM25.40 bilion daripada RM25.10 bilion sebelum ini.
Awal hari ini, bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik: tender repo berbalik Islam (SBBA) dan tender repo berbalik semalaman.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM25.40 bilion, bagi tempoh matang satu hari.
Setakat 7 Jan, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA