fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup kukuh, disokong operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.85 bilion daripada RM22.23 bilion pada sebelah pagi ini, manakala dalam dana Islam menokok kepada RM23.90 bilion daripada RM22.71 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan tiga tender repo berbalik serta satu tender repo berbalik Islam.

Bank pusat juga telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM23.90 bilion daripada RM22.80 bilion.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.80 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM23.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat pada 29 April.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE