fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM36.89 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.65 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2 bilion untuk 33 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM38.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM21.7 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE