fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM41.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.82 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta masing-masing selama tujuh hari dan 14 hari.

Ia akan turut melaksanakan tender Qard bernilai RM500 juta selama tujuh hari dan tender repo berbalik RM1 bilion selama 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM41.7 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM15.3 bilion.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI