KUALA LUMPUR, 14 Januari - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM25.04 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.97 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan satu tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM1.5 bilion untuk sehari.
Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.3 bilion dan RM24.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA