fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.21 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.6 9bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada RM2.0 bilion untuk tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 juta bagi 90 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.7 bilion dan RM22.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE