KUALA LUMPUR, 15 Februari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Operasi harian bank pusat minggu ini dengan menawarkan repo berbalik, repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM22.70 bilion pada Jumaat daripada RM27.81 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai melonjak kepada RM18.70 bilion daripada RM16.49 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 13 Februari.-BERNAMA