fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 September- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan repo berbalik Islam.

Lebihan tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.90 bilion daripada RM26.95 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM25.50 bilion daripada RM24.94 bilion.

Setakat 12 Sept, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI