fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM23.09 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.67 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat hari ini akan mengeluarkan tender repo berbalik berjumlah RM2.7 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) sebanyak RM300 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM25.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM23.6 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA