fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM21.01 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.10 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk lapan hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 28 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM370 juta untuk lapan hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM17.5 bilion -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA