KUALA LUMPUR, 23 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan RM30.67 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.90 bilion bagi dana Islam.
Hari ini, bank pusat berkenaan akan menawarkan dua tender repo berbalik RM2 bilion bagi tempoh lapan hari dan RM1.5 bilion untuk 32 hari.
BNM akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam iaitu tender RM150 juta untuk 32 hari dan RM100 juta bagi 90 hari.
Selain itu, bank pusat mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula dan Komoditi Bercagar Murabahah untuk tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.2 bilion dan RM19.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA