fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.69 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.42 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan dua tender Qard, terdiri daripada tender bernilai RM800 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM300 juta untuk 14 hari.

Ia akan turut menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 91 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.2 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM25.3 bilion. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI