fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM42.36 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.21 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1.50 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari.

BNM turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM700 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender sehingga RM44.9 bilion dalam pasaran semalaman konvensional dan RM19.9 bilion untuk pasaran semalaman murabahah.
- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI