fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM43.62 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.69 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM24.7 bilion. - BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA