KUALA LUMPUR, 30 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM28.75 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.95 bilion dalam dana Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.8 bilion dan RM23.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -BERNAMA