KUALA LUMPUR, 20 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM29.14 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.18 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta untuk 31 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.6 bilion dan RM20 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA