fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.21 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.53 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat dijangka menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 92 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM17.5 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE