fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil dengan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM32.67 bilion dan RM31.79 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional RM500 juta dan tender Qard berjumlah RM1.1 bilion, masing-masing untuk jangka masa tujuh hari dan satu lagi tender Qard melibatkan sejumlah RM300 juta selama 14 hari.

Bank Negara turut mengendalikan dua tender repo berbalik sebanyak RM1 bilion setiap satu selama 32 hari dan 91 hari.

Selain itu, ia mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh datu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM34.2 bilion dan RM30.4 bilion untuk tender semalaman murabahah.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE