fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini, disokong oleh langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan pada RM39.61 bilion, manakala dana Islam berjumlah RM23.57 bilion.

Bank pusat akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional RM500 juta hari ini, masing-masing selama tujuh hari dan 14 hari dan satu tender Qard bernilai RM300 juta untuk tujuh hari.

Selain itu, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik yang merangkumi tender RM1.5 bilion selama 31 hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 94 hari.

Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.3 bilion.

ROSLINA BINTI DIN