fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 November- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM45.84 bilion daripada RM49.22 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam turun menjadi RM21.98 bilion daripada RM23.82 bilion sebelum ini.

Awal hari ini, bank pusat telah mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional, tender Qard dan tender repo berbalik.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM45.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM22 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.98 peratus setakat 6 November. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA