fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil disokong operasi BNM

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM34.23 bilion daripada RM31.87 bilion pada sebelah pagi, manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurang kepada RM20.62 bilion daripada RM21.78 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM juga menyemak tender semalaman konvensional daripada RM33.5 bilion kepada RM34.2 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM34.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM20.60 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 6 Ogos. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF