fb fb fb fb fb

Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter bermula esok

Harga runcit diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter bermula esok hingga 14 Ogos 2024

KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak lima sen kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos hingga 14 Ogos 2024.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, keputusan untuk mengurangkan harga bahan api itu sejajar penurunan harga pasaran minyak global.

Manakala, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, kekal pada RM2.15 seliter.

Selaras trend penurunan harga, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel.

Faktor pergerakan harga pasaran minyak akan diambil kira, selain menyokong kestabilan harga.

Kesan perubahan harga minyak mentah dunia akan diteliti dan langkah bersesuaian akan diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
terus terpelihara.

Bermula 10 Jun lalu, pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI menetapkan harga runcit diesel pada RM3.35 sen seliter.

ROSLINA BINTI DIN