fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil dengan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM32.71 bilion daripada RM36.55 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam meningkat kepada RM32.23 bilion daripada RM32.17 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan dua tender Qard.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM32.7 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM32.2 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah pada 3.00 peratus setakat 29 November. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF